Friday, November 13, 2009

REUNION DAN MAJLIS TAHLIL INTAKE 8

Satu perjumpaan (reunion) dan majlis tahlil Intake 8 telah diadakan di Pangkalan Udara Kuala Lumpur. Ianya telah diadakan pada 19 Julai 2009 dari pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang dimana semua skot telah berkumpul di Mess Wisma Bintara sambil menikmati jamuan yang diadakan di Blue Sky Lounge dan seterusnya sesi bergambar di Dataran Wisma Bintara. Majlis Tahlil pula telah diadakan selepas solat maghrib di Masjid Pangkalan. Ianya bagi memperingati skot-skot yang telah kembali kerahmatullah. Setelah selesai majlis tahlil, semua yang hadir menikmati jamuan dan seterusnya perbincangan bagi melantik AJK serta mencadangkan untuk perjumpaan pada masa akan datang.Perjumpaan ini telah dicetuskan dan dikendalikan oleh dua skot kita iaitu Hasri bin Hj Hassan dan Zulkifli bin Baharum.