Tuesday, September 4, 2012

Cadangan Ngeteh di KL

Assalam skot semua. Agak lama blog ini tidak di update. Walaubagaimanapun setelah menamatkan perkhidmatan pada 21 Ogos 2012 yg lalu rasanya agak susah juga nak berjumpa dengan skot almaklumlah masing2x dah sibuk dengan menguruskan keluarga. Dulu sampai masa jer pi mesin ATM tekan kuar lah duit tapi sekarang ade kerja adelah gaji. Nak harapkan duit pencen cukup2x paras hidung jer..hahaha. Ok lah dipendekkan cerita ade cadangan dari skot2x untuk buat sesi ngeteh kat KL ni. Sekurang-kurangnya dapat jumpa dan bertanya kabar berita. So nak menunggu feedback dari skot2x semua..Mcmana???

Wednesday, December 9, 2009

Perhimpunan Penyatuan Skot 8/87 -Reunion of Intake 8/87

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Satu Perhimpunan Penyatuan dan Mesyuarat Skot 8/87 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 19 Dis 2009
Masa: 0845H(Pendaftaran masuk)
Tempat: KRTU Pangkalan Udara Subang

Bagi skot-skot yang beragama islam, sempena perhimpunan ini juga akan diadakan majlis tahlil dan bacaan yassin pada tengahari bagi mengingati skot-skot yang telah pergi kerahmatullah. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 50.00 seorang bagi menampung perbelanjaan. Bayaran boleh dibuat kepada akaun Maybank 112156419045 HASRI BIN HASSAN. Mengikut sekretariat penganjur bilik transit akan disediakan bagi skot-skot yang memerlukannya. Tarikh akhir kutipan duit adalah pada 18 Dis 09. Untuk maklumat lanjut sila hubungi sekretariat berikut:

1.  HASRI - 012-6798322/019-3703370
2.  ZUL - 016-6279071
3.  KHADRI - 012-3959305

Bagi menjayakan majlis ini, sila hebahkan kepada semua skot diseluruh pelusuk tanahair. Gerak dan aktifkan Skot 8/87, Sekian Wassalam.

Friday, November 13, 2009

REUNION DAN MAJLIS TAHLIL INTAKE 8

Satu perjumpaan (reunion) dan majlis tahlil Intake 8 telah diadakan di Pangkalan Udara Kuala Lumpur. Ianya telah diadakan pada 19 Julai 2009 dari pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang dimana semua skot telah berkumpul di Mess Wisma Bintara sambil menikmati jamuan yang diadakan di Blue Sky Lounge dan seterusnya sesi bergambar di Dataran Wisma Bintara. Majlis Tahlil pula telah diadakan selepas solat maghrib di Masjid Pangkalan. Ianya bagi memperingati skot-skot yang telah kembali kerahmatullah. Setelah selesai majlis tahlil, semua yang hadir menikmati jamuan dan seterusnya perbincangan bagi melantik AJK serta mencadangkan untuk perjumpaan pada masa akan datang.Perjumpaan ini telah dicetuskan dan dikendalikan oleh dua skot kita iaitu Hasri bin Hj Hassan dan Zulkifli bin Baharum.










 










Monday, September 28, 2009

SELAMAT HARI RAYA

Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua skot 8 moga semuanya berbahagia di hari yang mulia ini.


Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Maaf Zahir dan Batin


Mohamad Kamar sekeluarga
01 Syawal 1430H

Saturday, September 12, 2009

PERJUMPAAN INTAKE 8 - LOGISTIK

Satu majlis perjumpaan yang tidak dirancang bagi intake 8 dari ketukangan Logistik samada yang masih berkhidmat atau telah bersara telah diadakan pada 5 Apr 2008 bertempat di KRTU Subang. Perjumpaan yang sepatutnya dihadiri seramai lebih kurang 30 orang hanya dapat dihadiri seramai 25 orang sahaja. Inilah julung kalinya perjumpaan yang dapat diadakan setelah hampir 21 tahun berkhidmat. Perjumpaan ini adalah hasil perbincangan secara spontan di Kopitiam Bukit jelutong dan diadakan sempena banyak skot-skot yang akan bersara. Seronok jumpa skot-skot tak tahulah bila pulak boleh berjumpa apabila telah bersara kerana masing-masing membawa haluan sendiri. Yang mana dah nak dapat menantu tu boleh lah jemput skot-skot atau pun ada yang nak tambah cawangan ke.....

Inilah dia bakal usahawan yang sudi sponsor perjumpaan tersebut. Terima kasih skot moga dimurahkan rezeki. Dari kanan 4842 Roslan, 4747 Muslan, 4786 Asri dan 4746 Rahis.

Depan dari kiri: 4598 Stephen, 4764 Kahar, 4791 Shahadan, 4911 Zamri, 4834 Rostam, 4809 Nasarudin, 4730 Fozi.
Tengah dari kiri: 4823 Raj Kamar, 4738 Roduan, 4892 Wahab, 4746 Rahis, 4639 Shukur,4616 Wahid, 4651 Hadi.
Belakang dari kiri: 4905 Zulkefli, 4786 Asri, 4747 Muslan, 4577 Wan Idris, 4888 Suhardi, 4842   Roslan, 4839 Roslan, 4920 Zakaria.
Gambar ini diambil sebelum majlis bersurai cuma tambahan dibarisan depan dari kiri 4895 Yusli dan keempat dari kiri 4701 Ibrahim. Barisan tengah no. enam dari kiri 4674 Hasnan.

 
Inilah dia Taiko supply intake 8 nak tahu taiko apa? taiko makan la apa lagi ha ha Zul, Rostam dan Kahar.